Pada waktu ini terdapat dua stesen angkasa lepas yang mengorbit bumi. Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sudah beroperasi sejak 1998 manakala stesen angkasa Tiangong buatan China pula sejak 2022. Dengan ISS akan dinyahorbit menjelang 2030, China berkongsi pelan untuk membesarkan lagi saiz Taingong dalam masa terdekat,

Tiangong yang mempunyai empat modul akan dibesarkan untuk mempunyai enam modul. Beratnya juga meningkat ke 180 tan metrik berbanding 70 tab metrik sekarang. Dua modul tambahan akan meningkatkan kemampuan Tiangong melakukan eksperimen dan juga kerjasama dengan negara lain.
China akan mula membenarkan angkasawan Pakistan, Makau dan Hong Kong menjadi krew Tiangong tahun ini. Selepas ISS dinyahorbit, China ingin menjadikan Tiangong makmal global terbuka untuk semua.
Taingong tidak akan kekal menjadi stesen angkasa di orbit bumi rendah. Rusia ingin kembali membina stesen angkasa sendiri begitu juga dengan beberapa syarikat swasta dari Amerika Syarikat.

