Elon Musk Mengaku xAI Menggunakan Model OpenAI Untuk Melatih Grok

TechnologyStartup
1 May 2026 • 3:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sejak penawaran perkhidmatan dan model kecerdasan buatan janaan oleh syarikat China, pelbagai tuduhan hadir mengatakan syarikat China menggunakan model barat dalam melatih model mereka. Sementara beberapa firma menidakkan tuduhan berkenaan, kini melalui bicara kes mahkamah yang sedang berlangsung melibatkan OpenAI dan Elon Musk, ia dilihat Elon Musk mengaku model Grok oleh xAI telah dilatih menggunakan model OpenAI.

image is not available

Melalui langkah ini, ia sekaligus membolehkan Grok melatih model AI tanpa mengeluarkan kos setinggi pembangunan OpenAI untuk model mereka. Teknik ini juga sering dipanggil sebagai teknik “penyulingan” atas model asal. Seperti ramai sedia maklum, kos untuk pembangunan model adalah sangat tinggi, dan langkah ini digunakan dalam mempercepatkan proses pembangunan. Namun, langkah ini adalah melanggar etika, sama seperti pelbagai syarikat kecerdasan buatan yang menggunakan kandungan berhak cipta dalam melatih model masing-masing.

Buat masa ini, pihak OpenAI tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balasan atau respon atas pengakuan Elon Musk ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved