China kenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua import AS mulai 10 April

4 Apr 2025 • 9:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BEIJING, 4 APRIL: China akan mengenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) bermula 10 April, Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara mengumumkan pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.

Pengumuman itu susulan keputusan AS untuk mengenakan “tarif timbal balik” ke atas eksport China ke AS, satu langkah yang menurut suruhanjaya itu tidak mematuhi peraturan perdagangan antarabangsa, menjejaskan hak dan kepentingan sah China secara serius dan mewakili tindakan buli unilateral yang tipikal.

– BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved