China Ketatkan Eksport Unsur Nadir Bumi Sebagai Balasan Tarif Trump

TechnologyDigital
5 Apr 2025 • 7:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

China mengetatkan eksport lebih banyak undur nadir bumi (REE) ke semua negara dunia bermula semalam sebagai balasan kepada tarif yang diumumkan oleh Trump. Eksport tujuh kategori REE berat dan sederhana kini dikawal dengan lebih ketat oleh China yang merupakan pengeluar terbesar dunia. Antara yang dikawal ialah samarium, gadolinium, terbium, dysprosium, lutetium, scandium dan yttrium.

image is not available
Galium

Ini ialah kali keempat halangan eksport REE diumumkan oleh China selepas galium,germanium dan antimoni dihalang atas sebab keselamatan. REE bukan sahaja penting untuk pengeluaran motor dan bateri kenderaan elektrik, ia juga mempunyai fungsi sekunder yang diperlukan untuk menghasilkan senjata seperti peluru berpandu.

Dengan bekalan REE dikawal oleh China, ia dilihat sebagai tindakan memaksa negara lain untuk turut memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat untuk membatalkan tarif Trump. Pada waktu yang sama ia menghalang Amerika Syarikat mengelakkan sekatan menerusi pihak ketiga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved