China Laksana Dasar Pengecualian Visa Untuk Enam Negara Termasuk Malaysia

24 Nov 2023 • 9:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

China Laksana Dasar Pengecualian Visa Untuk Enam Negara Termasuk Malaysia

BEIJING, 24 Nov (Bernama-Xinhua) — China melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia dan lima negara lain mulai 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.

Negara lain, termasuk Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol, menurut Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar China di media sosial.

Sepanjang tempoh itu, pemegang pasport biasa dari enam negara berkenaan boleh memasuki China tanpa visa untuk urusan perniagaan, pelancongan, melawat keluarga dan rakan, serta transit tidak lebih dari 15 hari.

Bagaimanapun, rakyat dari enam negara itu yang tidak memenuhi syarat pengecualian visa masih perlu mendapatkan visa sebelum memasuki China, menurut kenyataan itu.

Dasar ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan pertukaran sesama rakyat.

Sumber: BERNANAM-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved