Google – Ekonomi Digital Malaysia Bakal Mencapai $23 Bilion Menjelang Hujung Tahun Ini

TechnologyDigital
6 Nov 2023 • 6:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menjelang akhir tahun ini, dijangka penambahan nilai mencapai $23 bilion akan berlaku dalam ekonomi digital di negara ini. Lonjakan ini disebabkan ramai yang menggunakan akses kewangan digital seperti perbankan mudah alih, pembayaran kod QR, dompet digital, serta produk kewangan lain yang termasuk insurans.

image is not available

Momentum ini dijangka akan berterusan meningkat mencapai $50 bilion menjelang tahun 2025, yang sebahagian besar keadaan ini didorong oleh pendapatan e-dagang. Ini sekaligus meletakkan Malaysia sama nilai dengan Singapura, namun dibelakang Indonesia (110 bilion), Thailand (50 bilion) Vietnam (40 bilion) dan Filipina (35 bilion).

image is not available

Mengulas berkaitan laporan tersebut ekonomi digital Malaysia secara keseluruhan dijangka terus berada pada landasan pemulihan yang beransur-ansur baik dengan kadar pertumbuhan sebanyak 14% menjelang tahun 2025. Pertumbuhan itu akan dibantu oleh peningkatan sebanyak 7% yang turut boleh dicapai menjelang hujung tahun ini. Pun begitu nilai tersebut adalah lebih rendah berbanding 16% yang dicatatkan sejak 2021.

image is not available

Seterusnya ia turut disumbang dengan aktiviti rancak dalam sektor platform pelancongan atas talian sebanyak 49%, yang diikuti dengan pengangkutan & makanan (16%) serta media atas talian (7%) pada tahun 2023. Bagaimanapun ia menyaksikan prestasi yang kurang memberangsangkan untuk sektor platform e-dagang dengan nilai negatif pada -4%, disebabkan ketidaktentuan pembekalan di peringkat global yang mungkin secara tidak langsung menjejaskan platform tersebut.

image is not available

Menerusi data yang sama penerapan akses digital di Malaysia dikatakan terus meningkat dari masa ke semasa yang menyaksikan Kuala Lumpur menjadi peneraju untuknya. Sementara itu, laporan ini turut memfokuskan kepada pengguna bernilai tinggi yang menunjukkan pengguna di Malaysia lebih terbuka dan sanggup berbelanja untuk keperluan permainan dengan jumlah purata kira-kira 13.4 pengguna.

Kesemua pertumbuhan ini boleh dikatakan disumbang oleh aliran keyakinan pengguna yang dilihat semakin meningkat pada suku ketiga tahun ini.