China : Pengambil-Alihan Perlu Diputuskan Oleh Syarikat

TechnologyDigital
20 Jan 2025 • 10:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok hari ini telah kembali beroperasi di Amerika Syarikat, dan selari dengannya juga Donald Trump mencadangkan agar 50% pemilikkan dijual kepada syarikat tempatan. Selari dengannya, buat pertama kali pihak kerajaan China turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan situasi yang berlaku melibatkan TikTok ini.

image is not available

Menurut China, sebarang keputusan melibatkan pengambil-alihan syarikat perlulah diputuskan secara bebas oleh sesuatu syarikat, dan berasaskan kepada undang-undang. Keputusan yang dilakukan perlulah berasaskan kepada prinsip pasaran sendiri.

Kenyataan terbaru pihak China ini dilihat sedikit lembut berbanding sebelum ini, yang mengatakan mereka akan menghalang sebarang jualan secara paksa melibatkan TikTok – disamping turut membuat perundangan yang menghalang penjualan algoritma ke luar China. Kenyataan pihak berkuasa China ini juga memberi petanda mereka tidak bersetuju dengan paksaan kerajaan untuk menjual, dan sesuatu jual-beli perlu ikut pasaran.

Disamping itu, WSJ turut berkongsi mengatakan pengasas TikTok dan Elon Musk pernah bertemu, yang mungkin memudahkan dalam menyelesaikan masalah dihadapi TikTok. Elon Musk sendiri mempunyai pasaran yang luas melibatkan Tesla di China, dan semestinya tidak ingin pasaran berkenaan terjejas di sana, sekaligus dikatakan mungkin akan memudahkan sebarang urusan sekiranya diperlukan.