Grab Mengambil-Alih Syarikat Penghantaran Makanan Di Kemboja

TechnologyDigital
31 Dec 2024 • 5:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab kini mengumumkan pengambil-alihan Nham24 di Kemboja, iaitu sebuah syarikat penghantaran makanan dan barangan – lebih kurang sama seperti yang ditawarkan oleh Grab.

image is not available

Nham24 telah diasaskan pada 2016, dan merupakan antara syarikat teknologi Kemboja yang agak berjaya. Dengan pengambil-alihan oleh Grab ini, ia sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Grab di pasaran Kemboja. Grab turut mengatakan bakal meningkatkan pelaburan di pasaran Kemboja, serta menyokong pertumbuhan ekonomi digital di sana.

image is not available

Buat masa ini, kedua-dua aplikasi Grab dan Nham24 akan terus beroperasi seperti biasa, dan pengguna boleh membuat tempahan menggunakan kedua-duanya. Grab mengatakan akan berhubung dengan para peniaga dan penghantar apabila maklumat lanjut berkenaan peralihan tersedia kelak.