China Perkenal Garis Panduan Untuk Menghalang Penggunaan Cip Intel Dan AMD Pada Komputer Kerajaan

TechnologyDigital
25 Mar 2024 • 8:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

China kini dilaporkan telah memperkenalkan garis panduan dalam beralih daripada penggunaan cip pemprosesan keluaran Amerika Syarikat, termasuk intel dan AMD pada komputer dan juga pelayan milik kerajaan China, dan digunakan oleh penjawat awam di sana.

Selain halangan pada penggunaan perkakasan, China juga melihat kepada untuk beralih daripada penggunaan sistem operasi Windows, dan juga pelbagai perisian pangkalan data luar. Dengan langkah ini, kerajaan di China akan memilih penawaran domestik untuk menguasakan operasi mereka.

Sebelum ini, Amerika Syarikat sendiri telah melakukan halangan dagangan terhadap beberapa syarikat di China daripada membeli cip dan perkakasan yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat. Dengan langkah ini, China dilihat mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi yang dihasilkan Amerika Syarikat, dan pasa masa yang sama memperkukuhkan lagi pengeluaran domestik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved