China peruntuk dana tambahan untuk kawasan terjejas banjir

21 Aug 2023 • 3:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BEIJING: China telah memperuntukkan tambahan 500 juta yuan (US$69.4 juta) untuk bantuan bencana dan pembinaan semula di wilayah terjejas banjir, kata Kementerian Kewangan pada Isnin, lapor Xinhua.

Peruntukan itu, selain daripada satu bilion yuan yang diperuntukkan pada 9 Ogos akan digunakan untuk menyokong pemulihan pengeluaran dan kehidupan di kawasan Tianjin dan Hebei yang digunakan bagi takungan dan penyimpanan banjir negara, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Dana tambahan itu juga akan digunakan untuk menyediakan pampasan bagi kerugian harta benda yang ditanggung oleh penduduk yang tinggal di kawasan itu termasuk kerosakan pada tanaman, ladang haiwan dan unggas, hutan komersial, kediaman dan jentera pertanian, menurut kenyataan itu. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved