Chong Wei, Nicol dipelawa sertai YAKEB

27 Mar 2025 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Shapawi. Foto Bernama

YAYASAN Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan mendekati nama-nama besar dalam arena sukan negara termasuk Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David untuk menyertai inisiatif mereka bagi membantu bekas atlet kebangsaan.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, lebih ramai bekas atlet yang berjaya akan dilibatkan untuk berkongsi pengalaman serta memberi inspirasi kepada ahli yayasan tersebut.

“Insya-ALLAH kami akan cuba dekati ikon-ikon sukan seperti Chong Wei dan Nicol untuk bersama YAKEB.

“Ketika ini kebanyakan ahli memerlukan bantuan, jadi kita mahu tukar konsep ini iaitu bekas atlet yang telah berjaya turut bersama kita,” katanya.

Beliau ditemui media pada majlis penyampaian sumbangan persediaan Hari Raya Aidilfitri oleh YAKEB di Bukit Kiara pada Rabu.

Ahmad Shapawi turut memetik nama atlet badminton para yang berjaya dan begitu aktif membantu YAKEB.

“Contohnya Cheah Liek Hou, beliau memberi bantuan dengan menyelaraskan inisiatif untuk membantu rakan-rakan YAKEB,” katanya.

Sebagai rekod, YAKEB ketika ini mempunyai lebih 3,000 bekas atlet yang mendaftar, sekali gus menjadikan ia platform penting dalam menjaga kebajikan mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved