Chow Sahkan Pulau Pinang Beli 15 Toyota Camry

LocalCars
20 May 2025 • 9:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Chow Sahkan Pulau Pinang Beli 15 Toyota Camry

GEORGE TOWN, 20 Mei (Bernama) — Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengesahkan pembelian 15 kenderaan bagi kegunaan kerajaan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Beliau berkata kereta Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) itu diperolehi dengan perbelanjaan RM3.31 juta termasuk cukai jualan dan duti eksais iaitu RM220,783 setiap satu.

“10 kenderaan itu adalah untuk ahli MMK manakala tiga untuk bekas pegawai dan masing-masing satu kepada Speaker dan Timbalan Speaker DUN.

“Kereta tersebut diberikan kepada mereka pada 4 April,” katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN Pulau Pinang di sini hari ini.

Chow menjelaskan kenderaan digunakan sebelum ini telah melebihi tempoh lima tahun.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng dalam soalan bertulis meminta kerajaan negeri menyatakan bilangan, jenis dan kos kenderaan dibeli bagi kegunaan ahli MMK dan pegawai kerajaan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved