Jenama fesyen tempatan, Christy Ng tampil dengan kolaborasi istimewa bersama KUDRAT 1968: High Council menerusi koleksi eksklusif Christy Ng X KUDRAT 1968.
Kolaborasi tersebut memperkenalkan koleksi edisi terhad yang menampilkan beg dan stokin khas, sekali gus membawa elemen penceritaan daripada dunia High Council ke dalam gaya hidup dan fesyen.
View this post on Instagram
Koleksi berkenaan boleh didapati di semua cawangan Christy Ng serta menerusi laman web rasmi jenama tersebut.
Kerjasama ini hadir seiring dengan pengenalan KUDRAT 1968: High Council, yang membawakan pendekatan satu cerita dalam dua format menerusi siri dan filem.
Siri premium Astro Originals itu menampilkan Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith sebagai antara teraju utama.
View this post on Instagram
Turut membintangi karya berkenaan ialah Zamarul Hisham, Nabila Huda, Datuk Seri Eizlan Yusof, Aziz M. Osman, Aleza Shadan, Yasmin Hani, Rusdi Ramli dan beberapa lagi pelakon.
Diarahkan oleh Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff, siri tersebut mula ditayangkan pada 11 September dengan empat episod sebelum kisahnya diteruskan menerusi filem KUDRAT 1968: High Council di pawagam seluruh Malaysia tahun ini.
KUDRAT 1968: High Council ditayangkan di Astro Ria dan Astro Citra setiap Jumaat pada jam 9 malam, manakala episod lebih awal boleh ditonton melalui Sooka atau Astro X3 pada jam 12 tengah malam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Baru Umum Bakal Edar Kad Kahwin, Diana Danielle Dedah Sudah Putus Hubungan Dengan Kekasih - "Saya Okay Saja, Ini Yang Terbaik"
The post Christy Ng Lancar Koleksi Eksklusif ‘KUDRAT 1968’, Gabung Fesyen & Dunia High Council first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





