Ciapan X Yang Menerima Community Notes Tidak Akan Menjana Pendapatan

TechnologyDigital
30 Oct 2023 • 10:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X telah memperkenalkan Community Notes yang menambah nota konteks pada ciapan yang dihantar dalam platform bagi menyelesaikan masalah penyebaran maklumat palsu. Terbaru, Elon Musk mengumumkan ciapan X yang telah dibetulkan oleh Community Notes tidak layak untuk menerima pendapatan. Beliau turut menyatakan yang pengguna turut tidak boleh menyalahgunakan ciri ini jika ada yang berniat untuk menghalang pencipta kandungan menerima pendapatan.

Dengan kemas kini ini, X boleh menjadi platform yang hanya mempunyai maklumat tepat dan tidak membayar pencipta kandungan yang cuba menyebabkan kekecohan. Pelanggan X Premium sahaja boleh menjana pendapatan sekiranya mempunyai impresi yang mencapai lima juta dalam masa tiga bulan serta mempunyai sekurang-kurangnya 500 pengikut.

Tetapi seperti yang dapat dilihat sejak skim ini dimulakan, kandungan sensasi, menjana kemarahan dan tidak tepat mula membanjiri platform sehingga membuatkan penyebaran maklumat yang sahih menjadi semakin sukar. Sejak bermulanya konflik Israel dan Gaza tiga minggu lalu, ramai pelanggan X Premium dari kedua-dua pihak menyebarkan imej kematian dan kemusnahan semata-mata untuk meningkatkan tontonan pada ciapan demi menjana secupak pendapatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved