Cik B hadiahkan DSV kereta baru, buat ‘surprise’ untuk ibu tapi sendiri terkejut

30 Aug 2023 • 3:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah berkongsi momen gembira apabila menghadiahkan ibunya sebuah kereta baru.

Hadiahkan mama kereta baru

Menerusi perkongsian Cik B di media sosial, dia telah membuat kejutan kepada Dato’ Seri Vida atau DSV dengan mengajak ibunya untuk keluar bersama-sama sebelum menunjukkan sebuah kereta di hadapan rumah mereka.

@cikb_havoc

Replying to @Sarah Nak surprise kan mama tapi banyak pulak halangan Korang nantikan next part, okay! #tiktokmalaysia #cikb #bossb #lawak #kelakar #surprise #fypシ゚viral #fypdongggggggg

♬ Cute – Aurel Surya Lie

Banyak pula halangan nak buat kejutan

Walaupun banyak halangan-halangan kecil yang menggangu kelancaran kejutan kereta buat DSV, namun Cik B akhirnya berjaya membuatkan usahawan itu tergamam apabila dihadiahkan kereta oleh anak tersayang.

Namun, ada juga momen lucu apabila Cik B sendiri terkejut dengan riben yang diletakkan di kerusi pemandu kerana biasanya aksesori tersebut diikat dibahagian luar hadiah bukan di bahagian dalam.

image is not available

Di akhir video kejutan berkenaan, Cik B telah menawarkan diri untuk memandu kereta tersebut bagi membawa ibunya berjalan-jalan dengan kereta baru.

Difahamkan, kereta jenis MPV itu turut menyertakan nombor plat yang sama dengan motosikal DSV sebelum ini.

Macam2 halangan nak ‘surprisekan’ mama

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan pelbagai ragam mereka sewaktu Cik B sedang berusaha untuk membuat kejutan kepada ibunya.

Dalam pada itu, warganey turut memuji apa yang dilakukan oleh Cik B kerana terlihat hubungannya dengan ibu tercinta sangat sweet.

image is not available

Sweet je mereka anak beranak

image is not available

Gelak mahal DSV tu yang tak tahan dengar

image is not available

Sumber: TikTok cikb_havoc