“Dia Selalu Cakap Benda Baik Dekat Anak” – Cik B Buat Kejutan Pakai Tudung, Reaksi Vida Dipuji Ramai

11 Aug 2023 • 4:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi TikTok, anak gadis Dato Seri Vida meraih perhatian warganet selepas dia memuat naik video mempamerkan dirinya berhijab.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen binti Mohd Amin cuba memakai tudung dan merakamkan moment itu untuk melihat reaksi ibunya.

Ketika mendapat ‘kejutan’ itu, Vida yang melihat terus tertawa dan memuji Cik B selain turut mengusik anaknya sambil membetulkan tudung yang dipakai.

Di ruangan komen, sesetengah netizen memuji Cik B dan mendoakan agar anak dara Vida itu dapat terus istiqomah berbuat begitu.

Dalam pada itu, ramai yang turut memuji Vida kerana sering memuji dan memberikan kata-kata positif terhadap anak-anaknya.

Mak dia sentiasa puji dan bangga dengan setiap apa yang Cik B buat.”

image is not available image is not available image is not available