Cik B main telefon dalam kelas? Netizen tempelak sia-sia belajar jauh

LocalEntertainment
15 Nov 2024 • 5:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan anak perempuan kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B yang dilihat bermain telefon bimbit ketika berada dalam kelas sewaktu kuliah dijalankan mengundang cemuhan netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @cikbsalmonofficial, memaparkan remaja berumur 19 tahun itu menghadiri salah satu kelas di London sambil dirakam oleh ibunya yang turut ‘menyertai’ sesi kuliah berkenaan.

Cik B main telefon dalam kelas?

image is not available

@cikbsalmonofficial

cikb x payah susah2 dah suruh videografer record cikb..sbb bila mama dh jumpe cikb..mama la tukang record#fypシ゚viral #cikbhavoc #viraltiktok #masukberandafyp #pageforyou #viral #datoserivida

♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) - Lill Lilly

“Cik B tak payah susah-susah dah suruh videografer rakam Cik B. Sebab bila mama dah jumpa Cik B, mama la tukang rakam,” tulis pengendali akaun TikTok itu, pada Khamis.

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat tersebut, usahawan produk salmon salted egg itu sedang asyik melayari telefom bimbitnya ketika pensyarah sedang mengajar silibus mengenai perniagaan.

Tak berbaloi belajar jauh-jauh

Susulan itu, meninjau ke ruangan komen menerusi video tersebut, reaksi segelintir netizen seolah-olah mengecam Cik B yang dikatakan tidak fokus dan menghormati pensyarah yang sedang mengajar kerana bermain telefon sewaktu kuliah berjalan.

image is not available

Kita ni orang Melayu, penuh dengan adab

image is not available

Golongan kaya masuk kelas

image is not available

Tak ada adab menuntut ilmu

image is not available

Bukan tak fokus kelas, Cik B cari bahan penterjemah bahasa

Namun begitu, pengendali akaun TikTok tersebut memuat naik sebuah lagi video baharu menjelaskan bahawa penyanyi lagu Tolonglah Aku itu sebenarnya bukan tidak fokus tetapi gigih mencari bahan terjemahan menghadapi kekangan dalam memahami silibus.

image is not available

Dimaklumkan bahawa memang pensyarah kelas tersebut sudah memberi izin untuk Cik B menggunakan telefon bimbit bagi memudahkannya memahami topik pembelajaran.

Terdahulu, Vida telah menghantar anak perempuan tunggalnya itu bagi melanjutkan pelajaran ke Sepanyol, pada bulan Oktober lalu malah sanggup berbelanja sekitar RM500,000 sebulan.

Sumber: TikTok @cikbsalmonofficial