Cik B sambung pengajian di Barcelona, kos mencecah RM500,000 sebulan

LocalEntertainment
19 Oct 2024 • 7:46 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, baru-baru ini berkongsi mengenai anak perempuannya, Cik B, kini melanjutkan pengajian di sebuah kolej di Barcelona, Sepanyol.

Menariknya, Cik B atau nama sebenarnya, Nue Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, mengambil tiga jurusan berbeza iaitu Bahasa Sepanyol, perniagaan, dan kulinari.

Menurut Vida, kos pembelajaran Cik B di Sepanyol mencecah RM500,000 sebulan. Kos ini meliputi penginapan, makanan, serta perbelanjaan harian. Meskipun jumlah tersebut agak besar, Vida menegaskan beliau tidak berkira untuk pelajaran anaknya.

“Ya, Cik B sambung belajar di Barcelona selama setahun. Selepas itu, dia akan meneruskan pengajiannya ke peringkat ijazah,” kata.

Vida juga memilih tempat penginapan yang selesa dan selamat untuk anaknya bagi memastikan Cik B dapat belajar dengan tenang.

“Saya mahu yang terbaik untuk Cik B. Barcelona dipilih kerana ia bandar yang cantik dan ramai pelancong, jadi Cik B tidak akan merasa bosan,” ujarnya.

Datuk Seri Vida berharap, segala pelaburan yang dilakukannya untuk pendidikan Cik B akan membuahkan hasil yang cemerlang.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida dilihat berada di Sepanyol bagi membantu proses pendaftaran Cik B di kolej tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved