“Dream house Cik B”- Dato Vida Kongsi Video ‘House Tour’ Rumah Cik B Di Barcelona

Entertainment
19 Oct 2024 • 12:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, anak perempuan usahawan popular tempatan, Dato Seri Vida iaitu Cik B telah terbang ke Barcelona, Sepanyol untuk melanjutkan pelajarannya di negara tersebut.

Pada ketika itu, Dato Vida telah berkongsi video mereka sekeluarga berlepas ke Sepanyol.

Kali ini, Dato Vida tampil dengan video terbaru di TikTok di mana dia berkongsikan video house tour rumah yang didiami oleh Cik B ketika dia belajar di sana.

Dalam video berdurasi selama lebih empat minit itu, dapat dilihat bahawa rumah Cik B itu sangat besar dan dihiasi dengan dekorasi ala klasik.

Rumah tersebut lengkap dengan beberapa buah bilik tidur yang luas serta bilik khas untuk Cik B membaca atau belajar.

Cik B turut mengatakan kepada ibunya bahawa dia sangat menyukai rumah itu dan rumah itu merupakan rumah impiannya.

Dato Vida juga berkongsi tentang sebab mengapa dia mahu Cik B melanjutkan pelajaran di negara itu. Ini kerana dia mahu anaknya itu mempelajari bahasa Sepanyol dan mahu Cik B belajar di tempat yang baru dengan persekitaran yang berbeza.

“Sebab kalau di London kan dia dah biasa pergi,” katanya.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah harga sewa rumah tersebut,

Menurut Dato Vida, harga sewa rumah itu adalah lima ribu sehari. Dalam video berkenaan, difahamkan, Cik B akan tinggal di rumah tersebut selama tiga bulan.

Memetik laporan mStar, Cik B difahamkan akan belajar di Sepanyol selama setahun.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.