“Cik Bob Ke ni?” – Tular Lelaki Mirip Cik B Buat Ramai Terhibur [Video]

21 May 2024 • 1:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Di dalam dunia ini, pasti akan ada beberapa orang yang memiliki wajah seiras meskipun tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

Malah, kita juga sejak dahulu lagi pernah diceritakan bahawa setiap manusia di dunia mempunyai 7 orang ‘pelanduk dua serupa’.

Bagaimanapun, tiada kesahihan tentang kenyataan itu berlandaskan Islam mahupun secara sains yang mana kemungkinan ia hanya cerita rekaan atau mitos pada zaman dahulu sahaja.

Tular lelaki miliki paras seiras Cik B

Pun begitu, baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki mirip anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @manzzsizzz, jelas kelihatan lelaki terbabit memiliki paras rupa mirip seperti Cik B jika sekali pandang.

image is not available

Pakai cermin mata putih sambil tunjuk ‘outift’

Di dalam video terbabit, lelaki tersebut dilihat mengenakan cermin mata berwarna putih sambil menayangkan baju t-shirt jenama antarabangsa yang dipakainya.

Dalam pada itu, dia turut menunjukkan keseluruhan pakaiannya untuk hari tersebut sehinggalah ke kasut yang juga dari jenama terkenal dunia.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah rupa parasnya yang memang tidak ubah seperti usahawan muda yang menjual ‘Salmon Skin’ itu.

Netizen pakat terhibur tengok ‘kembar’ Cik B

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa terhibur dan geli hati melihat lelaki itu yang mirip seperti Cik B.

Malah, kebanyakan netizen juga berseloroh di ruangan komen dengan membuat dialog seakan Dato Seri Vida bersama anaknya itu.

Tidak hanya itu, ada juga yang meminta agar lelaki terbabit melakukan satu video kolaborasi bersama Cik B.

image is not available

Tular lelaki dari China mirip Ustaz Azhar Idrus

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki daripada China yang memiliki paras rupa sama seperti pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Bukan hanya rupa paras sahaja, malah dari segi pakaian pelancong itu juga turut kelihatan sama seperti Ustaz Azhar Idrus yang lebih mesra disapa UAI.

Berikut komen yang diberikan netizen:

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Source: