“Kecik2 dah sweet” – Wanita Terharu Anak ‘Surprise’ Hadiah Tudung Sempena Hari Ibu

Entertainment
14 May 2024 • 4:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari Ahad lepas (12 Mei 2024) merupakan sambutan hari ibu di seluruh dunia dan pasti ramai antara kita yang menyambut hari istimewa tersebut bersama keluarga tersayang.

Tak dapat dinafikan, setiap orang juga mempunyai cara tersendiri untuk menyambut hari ibu. Asalkan ia dapat dijadikan tanda penghargaan untuk para ibu yang telah banyak berkorban membesarkan anak-anak mereka.

Beli hadiah diam-diam

Satu video telah tular di TikTok memaparkan seorang anak lelaki yang membuat kejutan untuk ibunya. Cara budak lelaki itu telah membuatkan ibunya sebak dan terharu walaupun hadiah yang diterima bukan bernilai jutaan ringgit.

Pada awalnya, budak lelaki yang bernama Awisy itu telah meminta izin ibunya untuk naik sebentar ke tingkat atas pusat beli belah dan tidak lama selepas itu, Awisy telah turun ke bawah sambil memanggil ibunya.

Dia cakap ibu kejap, Awisy nak naik atas. Ibu tunggu sini.. sekali nak turun, dia dah jerit panggil kita. Berlari dia pegang plastik.. Ingatkan kenapa..

Dari jauh lagi Awisy sudah berlari ke arah ibu kesayangannya sambil memegang sebungkus plastik. Nampak wajah budak itu sangat gembira seolah-olah dia mahu memberikan sesuatu kepada ibunya.

Belikan tudung untuk ibu

Rupa-rupanya, Awisy telah membeli sehelai tudung sebagai hadiah sempena hari ibu. Hadiah tersebut disimpan rapi dalam sebuah kotak membuatkan ia nampak lebih istimewa dan eksklusif.

Ya Allah, rupanya dia pergi beli hadiah untuk hari ibu. Speechless ibu nak. Satunya anak bujang ibu. Hadiah paling bermakna untuk ibu tahun ni. Terima kasih sayang ibu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berasa sedih malah terharu dengan cara budak lelaki itu menghargai ibunya.

image is not available

image is not available

Sweetnyaa.. jadi anak yang baik ye dik!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.