“Cik Epal Buat Satu Posting Je, Si Samtot ‘Tantrum’ & Merentan” – Gaduh Isu Tukar Sekolah Anak, Netizen Perli Jofliam

LocalFamily & Parenting
26 Aug 2025 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak semalam, nama pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara konflik terbaru yang berlaku di antara mereka.

Konflik itu melibatkan pemilihan dan pendaftaran sekolah antarabangsa anak-anak mereka, Han dan Yuki di mana Jofliam meminta Cik Epal untuk berkongsi membayar yuran.

image is not available 2025-08-25 15:45:37

"Siapa Suruh Curang, Dah Tinggal Spender Belum?" - Cik Epal Berang Diminta Bayar Separuh Yuran Sekolah Anak

Situasi itu meraih perhatian dan menjadi topik bualan ramai netizen di media sosial di mana rata-ratanya menyindir dan mengkritik Jofliam di dalam hal ini.

Sesetengah netizen berpendapat Jofliam kini sudah mula merasai kesusahan dan ‘kifarah’ daripada perbuatannya terhadap Cik Epal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

Ada yang berkata Jofliam sudah mula ‘tak duduk diam’ dan banyak berkata-kata sedangkan Cik Epal hanya membuat satu hantaran sahaja.

Cik Epal buat posting satu je. Si Samtot ni punya tantrum, punya rentan. Berpos-pos (hantaran). Kelakar la awak ni.

image is not available

Ramai pengguna Threads memerli Jofliam ‘meroyan’ apabila ia melibatkan hal bekas isteri dan berlaku ‘peperangan’ di antara mereka.

Dalam pada itu, sesetengah individu meluahkan rasa simpati terhadap Han dan Yuki kerana membesar dengan melihat hubungan ibu bapa kandung mereka tidak sehaluan.

image is not available image is not available image is not available

Kali terakhir mereka dilihat ‘berperang’ besar adalah ketika Cik Epal datang ke rumah sewa yang kini didiami Jofliam dan isteri barunya, Dewi.

“Abang, she cannot come at level 2! This is my house! This is my house!” jerit Dewi kepada Cik Epal.

Pergaduhan di rumah itu berakhir dengan Cik Epal mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar oleh Dewi yang kemudian turut mendakwa dia dikasari bekas isteri suaminya.

image is not available