“Dah cerai yuran nak 50/50 pulak” – Cik Epal Dedah Perbualan Mesej Dengan Anak

Entertainment
25 Aug 2025 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut antara Cik Epal dan bekas suaminya Jofliam dilihat masih lagi belum berpenghujung biarpun mereka sudah bercerai.

Kali ini, Cik Epal mendedahkan satu perbualan bersama anaknya, Han. Dalam perbualan yang dikongsikan menerusi Threads itu, Han diibaratkan sebagai ‘orang tengah’ dalam membincangkan isu persekolahan mereka.

 

“Dah cerai yuran nak 50/50 jugak..papa kan selalu cakap dekat Han papa jutawan”

Menerusi perbualan tersebut, difahamkan, Cik Epal dan Jofliam tiada persefahaman dalam memilih sekolah untuk anak mereka. Difahamkan, Jofliam mahukan anaknya sekolah di satu tempat yang mana ianya bukan pilihan Cik Epal.

Dikhabarkan, jika Cik Epal mahukan pilihannya, Jofliam meminta Cik Epal untuk membayar yuran untuk semester terkini dan Jofliam akan membayarnya untuk semester akan datang. Ia membuatkan Cik Epal mempersoalkan keputusan bekas suaminya itu yang meminta bayaran dibahagi dua.

Jelas Han lagi, Jofliam dikatakan akan membayar yuran sepenuhnya jika Han bersekolah di tempat pilihan bapanya itu.

“Papa putar belit lah, tak ada duit hantar je sekolah biasa.”

image is not available

Disamping itu, Cik Epal turut mempersoalkan tentang kenyataan Jofliam yang pernah dibuat kepada Han dirinya itu seorang jutawan. Bahkan, Cik Epal juga mendakwa bahawa sebelum ini Jofliam adalah individu yang beria mahu mengantarkan anak-anaknya ke sekolah mahal.

image is not available

 

Move on & stop kembali fokus pada anak-anak – Jofliam

Tidak berdiam diri, Jofliam yang terpanggil dengan pendedahan itu tampil beli respon menerusi Instagram miliknya, Jofliam mendakwa bahawa Cik Epal tidak menunjukkan keseluruhan perbualan yang telah menutupi keadaan sebenar.

Dia juga menggesa Cik Epal untuk move on dan fokus kepada hal kebajikan anak-anak mereka. Selain itu, Jofliam turut menunjukkan perbuatan penuh menerusi IG Story miliknya.

image is not available

Oktober tahun lepas, Cik Epal mengesahkan bahawa dia kini sudah bercerai dengan Jofliam setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, pemilik nama sebenar Murni Mahmud dan Jofli Abu Bakar ini dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sumber : Threads, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.