Cik Epal dakwa Jofliam pukul pembantu, tak puas hati sebab pegangkan beg tangan?

LocalEntertainment
26 Dec 2024 • 10:33 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial Cik Epal dakwa Jofliam pukul pembantu dipercayai berpunca daripada tindakan assistantnya yang membantu memegang beg tangan wanita itu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud telah memuat naik rakaman suara berdurasi 38 saat yang mana kedengaran seorang lelaki dipercayai Jofliam sedang menjerit-jerit.

Cik Epal dakwa Jofliam pukul pembantu

Instagram will load in the frontend.

Menurut Cik Epal, bekas suaminya itu berang apabila ternampak pembantunya yang merupakan seorang lelaki memegang beg tangan pempengaruh itu.

“Bila duda aku dah mula main kasar sampai nak belasah pembantu aku ni sangat melampau la untuk aku. Dah kenapa sentuh anak orang?

“Jangan acah garing sangat. Punca dia nak pukul sebab dia nampak pembantu aku pegang beg aku. Laa dah kenapa? Dia memang selalu pegangkan barang-barang aku,” kata pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Cik Epal juga meluahkan rasa berang atas tindakan Jofliam yang seakan-akan lupa bahawa mereka sudah tiada hubungan dan telah bercerai.

“Ayat terakhir dia, ‘aku nampak kau berkepit dengan bekas isteri aku, kau tengok’.

“Weh, kau dah kenapa? Kita dah cerai kan? Apa masalah kau?” ujarnya berang.

Cik Epal dakwa Jofliam pukul pembantu, bekas suami tak puas hati assistant tolong pegang beg?

image is not available

Sementara itu, pada video yang telah dimuat naik itu, kedengaran suara Jofliam yang menjerit terhadap pembantu Cik Epal dan berkata apa masalah lelaki itu.

“Apa masalah kau? Kau sini! Kau jantan sangat kan? Kau jangan sampai aku jumpa kau, nanti pecah muka kau! Kau, Zaf, Afham, kau tengok esok. Kau tengok esok!

“Sorang-sorang aku bedal. Kau tengok la. Aku nampak kau berkepit lagi dengan bekas isteri aku, kau tengok!” katanya kasar terhadap pembantu Cik Epal.

image is not available

Pada masa yang sama, kedengaran juga bunyi seakan-akan pembantu Cik Epal sedang dipukul diikuti suara pembantu itu meminta Jofliam untuk berhenti.

“Bang (Jofliam), jangan main pukul-pukul bang. Bang, saya tak buat apa-apa,” rayu pembantu Cik Epal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan Jofliam dan menyifatkannya sebagai masih belum boleh melepaskan Cik Epal.

Dah ec wife, lantak la dia nak jalan dengan siapa

image is not available

Cik Epal dakwa Jofliam pukul pembantu, kronik dah ni

image is not available

Kenapa masih sibuk dengan bekas isteri, adoiii

image is not available

Nama pun pembantu, memang tugas dia pegang barang la

image is not available

Belum move on dia ni

image is not available

Terdapat juga warganet yang mencadangkan kepada Cik Epal untuk membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut kerana tindakan Jofliam sudah melampau.

Sentuhan, ugutan dan rakaman dah ada, balai la

image is not available

Dah ada bukti, lapor kat polis

image is not available

Boleh report polis orang tak sedar diri ni

image is not available

Cik Epal dakwa Jofliam pukul pembantu, saman!

image is not available

Terdahulu, pasangan pempengaruh Cik Epal dan Jofliam telah sah bercerai pada beberapa bulan yang lepas selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Cik Epal mendakwa perceraian itu berlaku atas sebab Jofliam yang bermain kayu tiga bersama pembantunya yang dikenali sebagai Dewi.

Sehingga kini, persengketaan antara Cik Epal dan Jofliam masih lagi berlangsung susulan kedua-duanya saling berbalas kenyataan menerusi media sosial masing-masing.

Sumber: Instagram Cik Epal