Kemelut Cik Epal & Jofliam Semakin Meleret, Netizen Mula Rasa ‘Annoying’ - “Allahu, Malunya Bila Anak Besar Nanti…”

3 Dec 2024 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kontroversi melibatkan pempengaruh Cik Epal dengan bekas suaminya yang juga usahawan dan cef pizza iaitu Jofliam masih menjadi bualan hangat netizen di laman sosial.

Kurang senang

Bagaimanapun, terdapat individu di platform Thread meluahkan rasa kurang senang dan rimas melihat kemelut antara mereka berdua masih belum ada penamat.

 

“Makin lama makin toksik, aku rasa kisah fasal CE dan J ini. Ini tak menang siapa-siapa bagi aku, dua-dua sama. Waktu bersama segala bahagia kasih sayang ditunjuk tapi bila dah bercerai segala kebencian habis.

 

“Segala aib masing-masing terbuka. Allahu, malunya bila anak dia besar nanti tengok perangai mak pak macam-macam budak-budak macam ini,” kongsinya.

Setuju pendapat

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat individu tersebut dan berharap pihak Cik Epal dan Jofliam berhenti membuka aib masing-masing di laman sosial.

 

“Betul… meleret sangat dah. Risau kita pula yang disoal kat sana nanti. Sebab bercakap fasal aib orang. Jadi baiknya semua berhenti la jadi batu api yang buat dua-dua makin seronok membuka aib sendiri.

“Dah lama pun pisah tapi tak habis-habis. Saya tak follow dua-dua tapi boleh jadi tahu sebab terlalu ramai yang share. Sudah-sudah la tu.

 

“Jadi la 'mahal' sikit dengan tak melondehkan semua perkara. Buruk baik pon, itulah orang yang pernah sebantal dengan kamu, ayah/ibu pada anak-anak kamu. Kalau tak malu dengan netizen sekalipun, malu la dengan anak-anak tu.

 

“Betul la tu. Masing-masing ada fans tegar diaorang, makin dipuja makin menjadi-jadi pula depa ni,” komen beberapa netizen.

 

Sebelum ini, usahawan, Dewi menyatakan tidak mahu lagi dikaitkan dengan masalah rumah tangga antara Cik Epal dan Jofliam.

 

Oleh itu, Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi meminta Cik Epal untuk berjumpa dengannya dan sanggup melakukan sumpah laknat untuk mengakhiri segala masalah ini.

 

Sekadar Info, Dewi sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Jofliam sehingga menyebabkannya berpisah dengan Cik Epal.

 

Tidak mahu berdiam diri, Dewi telah tampil memberi penjelasan selepas lama mendiamkan diri dan mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pembantu peribadi Jofliam di syarikat Pizza Wagyu Jofliam.