Cik Epal minta Jofliam pulangkan jam mewah bernilai lebih RM90,000 – “Apa hamak sangat?”

LocalFamily & Parenting
28 Apr 2025 • 1:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, Cik Epal minta bekas suaminya, Jofliam untuk memulangkan jam mewah Hublot yang bernilai lebih RM90,000 kepadanya dalam masa terdekat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Cik Epal di Insta-Storynya, dia turut mendedahkan resit sebagai bukti pembelian jam tersebut dengan menggunakan wang sendiri.

Cik Epal turut menegaskan agar barangan mewah itu dikembalikan dalam keadaan baik dan tidak dihalang oleh mana-mana pihak.

Cik Epal minta

image is not available

“Nak sangat resit jam Hublot, nah resit. Nak aku tampal kat dahi kau ke resit ni? Dah memang aku guna duit aku yang beli. Sekarang pulangkan je balik. Apa yang kau hamak sangat nak guna lagi jam tangan aku beli?

“Pastikan jam tangan Hublot ni tidak dirosakkan atau dihalang untuk diambil oleh mana-mana orang lain,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata itu juga menuntut beberapa barangan lain hak miliknya yang masih berada di kediaman bekas suaminya.

Cik Epal minta

image is not available

“Sediakan ini semua, packing siap-siap. Saya tinggal kutip sahaja. Masih terdapat banyak barang-barang kepunyaan saya yang masih berada dalam rumah perkahwinan saya terdahulu,” tambahnya lagi.

Antara barang yang dituntut adalah pinggan mangkuk putih gold, thermonix, periuk nasi, air fryer, wallet goyard dan sebagainya.

Terdahulu, nama Cik Epal menjadi bualan hangat ramai apabila dia telah disahkan bercerai dengan Jofliam selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Han dan Yuki.

image is not available

Wujud khabar angin mendakwa seorang wanita bernama Dewi dituduh menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan keruntuhan mahligai Cik Epal dan Jofliam.

Jofliam kemudiannya bernikah dengan Dewi pada Sabtu lalu dalam sebuah majlis di Ampang yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Sumber: Instagram @Cik Epal