Jofliam Dakwa Ada Kes Jenayah, Dedah Kenapa ‘Movers’ Tak Dibenarkan Masuk

LocalFamily & Parenting
28 Apr 2025 • 6:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jofliam

Kalau diikutkan hari ini pempengaruh Cik Epal dibenarkan untuk mengambil barangan peribadinya di rumah bekas suami.

Tetapi lain pula yang jadi apabila bekas suami, Jofliam tiba-tiba menukar fikiran tidak membenarkan syarikat perkhidmatan sewa lori masuk ke rumah. Apa kes?

Terbaru, menerusi hantaran di Instagram Story, Jofliam berkata syarikat pengangkutan (movers) berkenaan telah membuat ugutan jenayah di Threads.

image is not available

Perkara itu membuatkan Jofliam tidak membenarkan walau seorang pun wakil syarikat untuk masuk ke rumah dan mengambil barangan Cik Epal.

Peniaga pizza wagyu ini turut memuat naik video bersemuka sendiri dengan individu yang membuat ugutan kepadanya.

Saya cari dia tapi staf nak backup konon dia takda. Padahal ada je elok je standby phone dalam kereta. Penakut. Lah muncul pula depan mata.

Jofliam menganggap individu berkenaan lebih sudu daripada kuah kerana tidak profesional dan mencampuri urusan peribadinya.

image is not available

image is not available

Tambah Jofliam lagi, dia berjaya ‘patahkan’ semua perancangan pihak terbabit sehingga tiada seorang pun berjaya masuk tanpa kebenaran.

Malah, Jofliam turut berkongsi bahawa dia mempunyai kronologi lengkap kes ini termasuk rakaman dan dokumen sebagai bukti untuk dikemukakan kemudian.

Pssttt! Alamak, ingatkan dah setel isu barang peribadi hari ni. Tapi ada pula episod lain sampai syarikat yang menyediakan khidmat lori pun terbabit sama.

Kredit: Instagram Jofliam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.