Cik Epal Nafi Jadi Punca Pergaduhan, Bidas Dakwaan Dewi - “Oi Bibik Tak Payah Memekak, Kau Tu Dah Lah Fitnah Aku, Jumpa Dekat Mahkamah”

12 Apr 2025 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Cik Epal tampil membidas dakwaan isteri kepada usahawan Jofliam iaitu Dewi susulan isu perceraian wanita itu sebelum ini.
 

Fitnah semata-mata

 


Menurut Cik Epal, kenyataan mengenai dirinya yang menjadi punca pergaduhan antara Dewi dan bekas suami sebelum ini adalah fitnah semata-mata.


 

“Oi bibik, kau tak payah memekak. Kau tu dah lah fitnah aku tau.
 
“Kau tak payah nak ugut saksi-saksi aku. Kau ulit je abiang saiyang kau sampai kita jumpa dekat mahkamah nanti.

 


“Kalau berani kerana benar, aku letak lah saksi sesiapa pon, kau tak kan gentar punya.


 


“Baru aku bagi list saksi aku dekat lawyer kau, kau dah goyang ke?” tegasnya.


 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)



Terdahulu, menerusi hantaran di Threads, seorang individu mendakwa bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal menjadi punca pergaduhan antara Dewi dan bekas suami.


 


Difahamkan rentetan itu, bekas suami Dewi meninggalkannya selama enam bulan tanpa nafkah dan melanggar lafaz taklik.


 


Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi kemudian mengesahkan kenyataan tersebut.