Cik Ponti Jadi Tarikan Pengunjung Di Skyline Luge, Video Usikan Pengunjung Jadi Tular

28 Oct 2023 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sempena Sambutan Halloween, kebanyakkan tempat peranginan, taman tema dan pusat membeli belah akan mengadakan festival bagi memeriahkan suasana.

Sambutan tersebut sudah pasti akan membuatkan anda terpaksa ‘menjadi berani’ untuk hadapi ketakutan.

Dalam festival tersebut, anda boleh masuk ke rumah hantu, zon seram, mencuba permainan yang mengerunkan dan pertunjukan yang ‘immersive’. Semua ini akan membuatkan adrenalin anda bergelora sepanjang malam

Baru-baru ini tular satu video tiga sekawan menaiki Skyline Lude di Singapura bersama Cik Ponti dipercayai sempena sambutan Hallowen.

 

Yang menjadi perhatian apabila Cik Ponti mengajak mereka berborak dan bertanyakan datang dari mana bagi merasakan suasana seram.

“Sudah makan ke?

“Tak ada selera,” jawab salah seorang dari mereka.

“Nak saya masakan? Saya pun tak tahu masak,” jawab Cik Ponti sambil mengilai membuatkan mereka juga ketawa.

Video berkenaan mendapat lebih dari dua juta tontonan dan juga ribuan komen.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available

Rata-rata komen dari netizen teruja dengan sikap Cik Ponti yang melayan pengujung dan ada juga yang ingin merasakan pengalaman seperti mereka.

Yang pastinya pengalaman itu tidak dapat dilupakan oleh mereka kerana kehadiran Cik Ponti memberikan pengalaman luar biasa ketika menaik Skyline Lude.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article