Cik Ponti Penat Terbang, Naik Basikal Elektrik Tarik Perhatian Pengunjung

Entertainment
31 Dec 2023 • 4:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila sebut Cik Ponti pasti ramai yang ketakutan kerana sosoknya yang berpenampilan serba putih dan berambut panjang.

Tular satu video dimana Cik Ponti menaiki basikal elektrik dan sempat menyebut “Selamat datang ke negeri Melaka”. Demi mencari rezeki, lelaki tersebut memilih untuk menjadi Cik Ponti bagi mendapatkan perhatian pelancong.

Sudah tentu, pengunjung yang berada di kota bersejarah itu terhibur dengan gelagat Cik Ponti dan menganggap itu merupakan satu tarikan terbaru di Kota Bersejarah tersebut.

Rata-rata komen warganet terhibur dengan idea kreatif lelaki itu untuk menarik perhatian pelancong. Moga selepas ini, semakin murahlah rezeki individu yang berpakaian seperti Cik Ponti itu.

Berani ke nak bergambar dengan Cik Ponti?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article