Cikgu Dipuji Bantu Pelajar PPKI Hasilkan Video VFX Ala-ala ‘Transformers’, Hilangkan Stigma Terhadap Anak OKU [Video]

EntertainmentMovie
14 Aug 2026 • 6:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang guru dikenali sebagai Cikgu Hazeem Azemi berkongsi video dirinya sedang mengajar seorang murid dari Kelas Pendidikan Khas (PPKI) menghasilkan video Digital Visual Effect (VFX) di kawasan outdoor.

Dalam tiga buah video berbeza, kelihatan Cikgu Hazeem sedang mengawal kedudukan dan pergerakan pelajar itu ketika merakam beberapa buah kenderaan termasuklah sebuah Proton X90, bas universiti dan juga sebuah pesawat ringan (light aircraft).

Menerusi video-video tersebut, tenaga pengajar golongan Orang Kurang Upaya (OKU) itu turut berkongsi hasil video selepas dirakam dan disunting pelajar itu sendiri.

Kelihatan kenderaan-kenderaan itu berubah menjadi robot seolah-olah watak dalam filem Transformers. Memang luar biasa betul ya!

Video VFX Proton X90 Serlahkan Komponen Dalaman Kereta

Untuk video Proton X90, kelihatan elemen-elemen kereta termasuk bahagian enjin itu terkeluar secara slow motion (bergerak perlahan) daripada kedudukan asalnya.

Bukan sahaja bahagian enjin, malah juga komponen pada rim tayar, lampu hadapan dan banyak lagi sebelum ia berubah menjadi sebuah robot gergasi.

View on Threads

Daripada Bas Universiti Biasa, Berubah Jadi Robot & Pesawat!

Menerusi hantaran video VFX bas universiti itu pula, kelihatan bas yang pada awalnya kelihatan normal berubah menjadi pesawat besar sebelum ia berlepas terbang ke langit.

Tambah pula dengan efek bunyi pada latar belakang video, memang nampak macam sedang menonton filem pendek.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Shooting 21 Jam, Editing 1 Bulan”- Sofyank Kongsi Filem VFX Pendek Bertema Adventure Fantasy, Ramai Puji & Siap Minta Episod Baru [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Sofyank Kerjasama Hasilkan Video Magic Bersama Pelakon Utama Transformers: Rise Of The Beast

“Di Sebalik Kekurangan Mereka, Pasti Ada Kelebihan” – Cikgu PPKI

Begitu jugalah video kapal terbang ringan yang berubah menjadi robot putih sebelum kembali ke bentuk asal sebuah pesawat lalu berlepas. Hasil kerja kreatif ini memang sangat mengagumkan lebih-lebih lagi apabila ia merupakan hasil tangan seorang murid PPKI.

Menurut kaspyen Cikgu Hazeem, mungkin ada pihak yang pernah mempersoal tindakannya dalam membimbing anak-anak PPKI.

Namun ini respon cikgu berkenaan, “Saya sentiasa yakin, Allah mencipta dan menyempurnakan. Di sebalik kekurangan mereka, pastinya ada kelebihan .”

View on Threads

‘Tahniah Cikgu, Buang Stigma Murid PPKI Ni Tak Boleh Kerja Bidang Profesional’ – Ibu Kepada Anak PPKI

Menjengah ke ruangan balas hantaran-hantaran itu, kelihatan orang ramai memuji Cikgu Hazeem kerana mendidik murid PPKI itu dalam penghasilan video VFX.

“Bertuah anak-anak ni dapat cikgu yang hebat! Cikgulah Transformer tu, mentransformasi anak-anak PPKI jadi hebat!” kata seorang pengguna Threads.

“Masya-Allah cikgu teruskan menjadikan anak-anak PPKI ni berguna dan buang stigma masyarakat yang kata anak-anak PPKI ni nanti tak boleh kerja bidang profesional. Bahkan saya dulu pun berfikiran begitu sampai la anak saya sendiri yang PPKI,” kata seorang lagi warganet.

“Sebagai Peminat Proton X90, Aku Rasa Video VFX Ni Terlalu Gempak” – Netizen

Malah tidak kurang juga ramai yang memuji hasil tangan murid PPKI itu dalam menghasilkan video yang profesional dan berkualiti tinggi.

“Masalahnya aku yang normal ni pun tak nampak lagi masa depan aku. Adik ni power betul editing dia,” kata seorang wanita.

“Sebagai peminat Proton, saya rasa video ni terlalu gempak. Padahal dah biasa tengok Proton X90. Tapi video ni punya wow,” tambah seorang lagi netizen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved