Cikgu Dipuji, Terjemah Lagu Keranamu Malaysia Dalam Bahasa Isyarat Untuk Pelajar Ketika Perhimpunan

Entertainment
17 Aug 2024 • 10:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik kerana tugas sebagai guru bukanlah hanya untuk mendidik anak bangsa, namun guru juga perlu memastikan murid-murid gembira dan bersemangat untuk ke kelas.

Dua orang guru baru-baru ini telah menjadi perhatian warganet apabila mereka telah menterjemah lagu ‘Keranamu Malaysia’ dalam bahasa isyarat buat pelajar-pelajar mereka yang istimewa.

Video gelagat guru-guru tersebut menterjemah lagu Keranamu Malaysia itu telah dikongsikan oleh _akk98 di TikTok.

Dalam video yang berdurasi selama lebih seminit itu, dapat dilihat ramai pelajar sekolah tersebut sedang menyanyikan lagu Keranamu Malaysia, difahamkan bersempena bulan kemerdekaan kerana para pelajar juga mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Lagu Keranamu Malaysia itu telah dipasang menerusi pembesar suara untuk dinyanyikan bersama-sama ketika perhimpunan tersebut dan difahamkan, guru-guru tersebut menterjemah lagu Keranamu Malaysia untuk membantu murid-murid yang istimewa memahami lagu tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cikgu-cikgu tersebut dan ramai juga yang meluahkan hasrat mereka untuk turut belajar bahasa isyarat pada masa hadapan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.