Cikgu E Disahkan Meninggal Dunia

LocalHealth & Fitness
11 Nov 2025 • 6:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cikgu E Disahkan Meninggal Dunia

Bekas guru yang pernah tular kerana semangat juangnya melawan tiga jenis kanser, Nassry Mardee Ismail, 45, atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, telah meninggal dunia pada Selasa.

Berita duka pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh saudara terdekat menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

“Nassry Mardee Bin Ismail dah meninggalkan kita semua.

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

“Al Fatihah,” tulis hantaran tersebut.

Difahamkan, jenazah Allahyarham dikafankan oleh ahli keluarga di Masjid Al-Ansar, Meru, Ipoh, dan akan disembahyangkan di masjid sama pada pukul 7.30 malam ini.

Allahyarham kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya, Ipoh.

Untuk makluman, Allahyarham sebelumnya menjadi perhatian ramai selepas berkongsi kisah perjuangannya melawan tiga jenis kanser, termasuk kanser buah pinggang, kanser kelenjar dan kanser paru-paru.

Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan mendalam buat ramai pihak yang kagum dengan ketabahan dan semangat juangnya melawan penyakit hingga ke akhir hayat.

Di ruangan komen, ramai yang menitipkan doa buat Allahyarham dan keluarga.

BACA: Ibu Penyanyi Hafiz Suip Meninggal Dunia

Sumber: Nassry Mardee Ismail IV

The post Cikgu E Disahkan Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.