Ibu Penyanyi Hafiz Suip Meninggal Dunia

LocalEntertainment
10 Nov 2025 • 11:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ibu Penyanyi Hafiz Suip Meninggal Dunia

Halizawati Salleh, 62, iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip dilaporkan telah meninggal dunia, sebentar tadi. Difahamkan, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.40 malam.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh Hafiz menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

image is not available
Gambar: Hafiz Suip

Dalam pada itu, pengarah SAH Entertainment, Sufi Rashid, turut menitipkan ucapan takziah kepada Hafiz serta keluarganya menerusi platform Threads.

“Assalamualaikum semua. Saya dimaklumkan bahawa ibu kepada Hafiz Suip telah kembali ke rahmatullah. Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Semoga Hafiz sekeluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini,” tulisnya. 

Berita pemergian itu turut mendapat perhatian ramai peminat yang menzahirkan ucapan takziah buat Hafiz sekeluarga.

Untuk info, Allahyarhamah sebelumnya pernah menjalani pembedahan potong kaki kiri akibat diabetes.

Hafiz terdahulu juga memaklumkan sudah berpindah ke Kuching, Sarawak kerana ingin menguruskan ibunya yang dirawat di hospital akibat paru-paru berair.

Hafiz memaklumkan, ibunya juga turut menghidap penyakit kencing manis serta masalah jantung yang memerlukan pengawasan rapi serta sokongan keluarga.

Sumber: Hafiz Suip

The post Ibu Penyanyi Hafiz Suip Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved