Cikgu Ini Jelaskan Kenapa Perkataan ‘Bakai’, ‘Bunggung’ Wujud Dalam Perspektif Bahasa Mandarin

18 Apr 2023 • 10:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bakai

Tular perkataan ‘bakai’, ‘bunggung’ dan ‘bantang’ selepas isteri kepada influencer TikTok terkenal mendedahkan isu kecurangan suami di media sosial.

Menerusi perkongsian screenshot mesej yang dibuat, terdapat salah ejaan perkataan seperti ‘bakai’, ‘bunggung’ dan ‘bantang’. Korang tahu tak kenapa salah ejaan ini terjadi?

Kenapa ejaan ‘bakai’, ‘bunggung’?

image is not available

Jom ikuti penerangan daripada cikgu yang mengajar bahasa Mandarin dikenali sebagai Cikgu Azim ini.

Menurut Cikgu Azim, perkataan ini wujud dalam perspektif bahasa Mandarin kerana wujudnya sistem pinyin di mana huruf b dan p kedua-duanya wujud dalam sistem pinyin. Walau bagaimanapun, kedua-dua huruf ini ada perbezaan dari segi sebutan.

Huruf b kita sebut macam bunyi huruf p iaitu bo (po). Tapi huruf p pula, macam mana nak bezakan dengan huruf b tadi? So sebutannya ialah po (pho).

Mana beza dia? So huruf b sebutan dia macam huruf p tadi kan. Dan p sebutan macam huruf p biasa. Tapi dalam bahasa Mandarin b bunyi macam p tapi tak keluarkan angin. Huruf p pula bila kita sebut huruf p, kita kena keluarkan angin.

Diharapkan penerangan Cikgu Azim ini dapat menjawab kenapa wujudnya ‘bakai’, ‘bunggung’ dan ‘bantang’.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.