Tular Gambar Di Pelamin, Netizen Tanya Influencer TikTok Dah Kahwin Ke?

Entertainment
16 Apr 2023 • 11:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang influencer TikTok terkenal didakwa menjalin hubungan sulit dengan pekerja sendiri selepas isterinya membuat pendedahan di Facebook.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian masyarakat memandangkan kedua-duanya mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Terbaharu, tular foto screenshot di Facebook memaparkan pekerja yang dikenali sebagai Mira memakai baju pengantin sambil duduk di atas pelamin.

image is not available

Menerusi kapsyen yang ditulis, individu yang merupakan anak kedua dalam keluarga itu dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan pada 24 Oktober 2021.

Hantaran viral itu menyebabkan netizen tertanya-tanya status perkahwinan gadis berusia 26 tahun tersebut.

image is not available

image is not available

Namun setakat ini, tiada sebarang penjelasan yang dibuat memandangkan ianya masih panas diperkatakan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.