Cikgu kantoi kutuk murid autism dalam WhatsApp Group, siap ugut nak dera

6 Jan 2024 • 7:10 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang guru telah mendapat kecaman hebat di media sosial kerana menghina seorang murid lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU).

Ibu murid tersebut telah berkongsi screenshot mesej yang dikirim oleh guru tersebut secara tidak sengaja ke group WhatsApp kelas Tahun 1 Jade di sebuah sekolah rendah di Sabah.

Guru tersebut dikatakan telah menghina murid (autism) tersebut semasa bersembang dengan rakan-rakannya. Walaupun mesej itu telah dipadam dengan cepat, ibu murid terbabit sempat mengambil empat screenshot sebagai bukti.

Menurut pengadu, anaknya yang merupakan murid OKU telah dikutuk oleh guru itu, malah telah mengugut untuk menghukum murid baru yang akan masuk ke kelas tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Tindakan tidak bertanggungjawab guru itu mengundang kemarahan netizen yang menuntut pihak berwajib mengambil tindakan tegas.

Netizen mencadangkan agar guru tersebut dilaporkan kepada KPM. Selain mencadangkan guru tersebut meletakkan jawatan jika tidak mahu bertugas dengan ikhlas.

Sejak dikongsikan di media sosial, hantaran tersebut telah mendapat lebih daripada 3.6K tanda suka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved