Pak Cik Mengusik Anak Buah Main Cikgu-Cikgu, Reaksi Anak Buah Jadi Perhatian

Entertainment
6 Jan 2024 • 4:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang waktu kanak-kanak dulu suka main cikgu-cikgu?

Siapa yang paling tua pasti akan menjadi cikgu dan yang lain pula akan berlakon menjadi anak murid.

Tular satu video dimana seorang pak cik mengacau anak-anak buahnya yang sedang bermain cikgu-cikgu di dalam bilik.

Video tersebut telah dikongsikan menerusi TikTok oleh akaun kmkt89 baru-baru ini dan ia telah mendapat perhatian ramai warganet kerana ramai yang terhibur dengan gelagat pakcik dan anak-anak buahnya itu.

Dalam video yang berdurasi selama 49 saat itu, dapat dilihat lelaki itu mengetuk pintu dan bertanya kepada anak buahnya yang menjadi cikgu dengan berpura-pura mahu mengambil anaknya dari kelas.

Reaksi anak buahnya yang terpinga-pinga dengan soalan pak cik mereka itu membuatkan netizen terhibur.

Anak buah yang menjadi cikgu bagaimanapun begitu mendalami wataknya sebagai cikgu malah siap memberitahu bahawa anak pakciknya itu berada di kelas lain.

Rata-rata netizen terhibur dengan reaksi dan respon dari anak buah lelaki itu.

image is not available

image is not available

Bila anak buah terlalu ramai memang syok main cikgu-cikgu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.