Cikgu nafi ‘sentuh’ 3 pelajar lelaki

8 Oct 2026 • 4:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cikgu nafi ‘sentuh’ 3 pelajar lelaki

KOTA BHARU – Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap tiga pelajar lelaki yang masing-masing berusia 17 tahun.

Tertuduh, Mohd. Shafie Mohamad, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun lapan bulan ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah hotel di sini dan di dalam bilik tidur sebuah rumah di Kampung Tok Berlian, Bachok pada Jun 2025, April dan 17 September 2026.

Bagi pertuduhan keempat, Mohd. Shafie dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun enam bulan di sebuah rumah di Kampung Tok Berlian, Bachok pada pertengahan Ogos 2026.

Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia 17 tahun lima bulan di rumah sama kira-kira pukul 6 petang pada 26 Ogos 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang kedua-duanya memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Arina Razali manakala Mohd. Shafie diwakili peguam, Nurul Samhana Aidenan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM23,000 dengan seorang penjamin untuk kelima-lima pertuduhan termasuk syarat tambahan iaitu perlu mengemukakan alamat tempat tinggal tetap, tidak menganggu saksi pendakwaan dan mangsa selain melaporkan diri di balai polis berdekatan dua bulan sekali.

Mahkamah menetapkan 10 November depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar jaminan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Cikgu nafi ‘sentuh’ 3 pelajar lelaki appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved