Pelajar Tingkatan Dua Cedera Dipukul Di Asrama Sekolah Di Kuala Pilah

8 Oct 2026 • 8:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pelajar Tingkatan Dua Cedera Dipukul Di Asrama Sekolah Di Kuala Pilah

KUALA PILAH, 8 Okt (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki tingkatan dua cedera selepas dipercayai dipukul pelajar tingkatan empat di sebuah asrama sekolah menengah di daerah ini pada 27 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Muhammad Mustafah Hussin berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.40 malam di sebuah asrama sekolah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 14 tahun itu telah dipanggil oleh suspek susulan perselisihan faham antara mereka sebelum dipukul oleh suspek sehingga mengalami kecederaan, mangsa kemudiannya dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan di hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut.

Mustafah berkata polis telah mengenal pasti suspek untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved