Cikgu Saidi bangga anak murid muncul juara! ‘Dulu dia pendiam dan merendah diri’

2 Aug 2024 • 11:55 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Semoga Nur Zahra Ariesa (tengah) menjadi atlet negara suatu hari nanti dan terus mengharumkan nama sekolah, bangsa dan negara.

“Cikgu bangga dengan kamu Nur Zahra Ariesa kerana begitu cekal dan gigih berlatih dengan cikgu.

“Dari seorang murid yang pendiam dan merendah diri, kini kamu sudah berubah menjadi murid yang matang dan berjiwa besar. Ketawa dan air mata kamu ketika berlatih lebih sebulan sudah berbaloi bagi cikgu apabila kamu naik podium menjadi juara,” demikian hantaran Saidi Yusof di akaun Facebooknya, baru-baru ini.

Saidi yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jejulong, Marang, Terengganu merakam penghargaan itu setelah menyaksikan sendiri pengorbanan anak didiknya dalam bidang sukan.

Segala pahit manis melatih Nur Zahra Ariesa dalam sukan olahraga acara larian, diabadikan Cikgu Saidi menerusi video pendek yang dimuat naik di Reels Facebooknya sehingga mendapat lebih 15,000 tanda suka, lebih 2,000 komen dan dikongsi lebih 800 pengguna.

Sementara itu, catatan Cikgu Saidi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu Nur Zahra Ariesa yang sangat penyayang dan sabar dalam mendidik anaknya.

“Setiap hari, beliau (ibu) berkorban masa dan tenaga menghantar kamu (Nur Zahra Ariesa) berlatih. Semoga kejayaan ini dapat membanggakan ibumu.

“Pengalaman melatih kamu dan rakan lain memberi pengajaran baru yang begitu bermakna dalam mendidik anak bangsaku,” tulisnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved