
Seorang individu bergelar guru di Twitter ada berkongsikan pengalaman menyambut Hari Guru semalam yang ternyata telah mencuit hati netizen.
Dalam perkongsian itu, dia memaklumkan telah menerima hadiah selembar sejadah dan tasbih digital daripada salah seorang anak muridnya.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen hantaran tersebut yang mengatakan dia bukan muslim.
Anak murid bagi sejadah and tasbih digital.
Masalahnya cikgumu kafir nakkkkkk pic.twitter.com/1GMtL0e0E9
— JASZLE (@jasli_jamil) May 16, 2024
Anak murid bagi sejadah dan tasbih digital. Masalahnya cikgumu kafir nak.
Difahamkan, anak muridnya itu keliru memandangkan wajah cikgu berkenaan seakan Melayu malah namanya juga mempunyai ‘bin’ yang sinonim dengan individu beragama Islam dan muslim.
Dia juga turut memuat naik penjelasan yang diberikan kepada anak muridnya itu dan memaklumkan dirinya adalah daripada suku orang asli dan tidak menganut agama Islam.

Perkongsian itu kemudiannya menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kesilapan anak muridnya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Pendapat Bapa Saya Tiada Kena Mengena Dengan Pendirian Saya Mengenai Palestin" - Kasih Iris Leona
The post “Cikgumu Kafir Nakk” – Guru Dapat Hadiah Tasbih Dan Sejadah, Anak Murid Ingat Islam Sebab Nama Melayu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



