“Yang ni paling win!” – Murid Hadiahkan Cikgu Sejambak Ulam Buat Ramai Tersentuh

Entertainment
17 May 2024 • 5:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Boleh nampak sekarang ini menjadi satu trend guru-guru diberi pelbagai hadiah oleh anak murid sempena sambutan Hari Guru.

Sempena sambutan Hari Guru 2024 semalam, ramai dalam kalangan guru berkongsi video menerima hadiah istimewa daripada anak-anak muridnya.

Namun, sebuah video yang dimuat naik di TikTok ini telah meraih perhatian ramai apabila seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Slim River menerima ulam-ulaman yang dihias dalam bentuk jambangan.

Apa yang lebih menarik tentang jambangan ulam-ulaman ini, balutan daripada beberapa helaian daun juga merupakan bahan yang boleh dimasak.

Dapat dilihat guru terbabit mendapat pelbagai jenis ulam dan bahan memasak seperti bunga kantan, cili padi, pucuk paku dan pucuk ubi.

Bukan itu sahaja, ada yang turut memberi buah-buahan yang ditanam di rumah serta kuali kepada guru tersebut.

“Yang ni paling terharu”

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat itu adalah hadiah Hari Guru paling tersentuh yang mereka pernah lihat.

Menurut guru tersebut, hadiah yang diberikan anak muridnya ini merupakan hadiah paling bermakna kerana nilainya sangat besar.

image is not available

Meskipun bukanlah daripada barangan mewah, keikhlasan para murid sebagai tanda ingatan kepada guru ini sangat bermakna.

Malah, pemberian hadiah ini juga mengingatkan segelintir netizen dengan buku matapelajaran Bahasa Melayu sekitar awal tahun 2000 iaitu Antologi Sehijau Warna Daun.

image is not available

Hadiah Hari Guru paling rare ni!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.