CIMB Akan Mula Menamatkan Ciri Pada Aplikasi CIMB Clicks Secara Berperingkat Bermula Ogos 2024

TechnologyDigital
25 Jul 2024 • 7:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CIMB kini mengeluarkan peringatan, memaklumkan para pengguna yang mana mereka akan mula menamatkan beberapa perkhidmatan pada aplikasi CIMB Clicks secara berperingkat. Sementara aplikasi CIMB Clicks masih boleh digunakan, beberapa ciri-ciri akan dihadkan atau ditamatkan – dan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi CIMB OCTO.

image is not available

CIMB menyatakan fungsi tambah-nilai dan juga e-Simpanan Tetap akan ditamatkan pada Ogos 2024 kelak, diikuti dengan ciri DuitNow QR dan Pemindahan Asing pada September 2024, dan akhir sekali JomPay dan CIMB Deals pada Oktober 2024.

image is not available

Seperti semua sedia maklum, CIMB sudah tidak lagi menawarkan aplikasi CIMB Clicks untuk Android dan iPhone melalui kedai aplikasi, sebaliknya pengguna sedia ada boleh menggunakan aplikasi tersebut sekiranya telah terpasang pada peranti mereka. Namun, dengan langkah penamatan secara berperingkat ini, ia akan membuatkan pengguna sedia ada berpindah ke CIMB OCTO dengan lebih pantas lagi.

Bagi anda yang menggunakan CIMB, adakah anda masih menggunakan aplikasi CIMB Clicks, atau telah mulakan peralihan kepada CIMB OCTO sepenuhnya?