CIMB memaklumkan bahawa sistem MyDebit akan mengalami gangguan sementara secara berjadual pada bulan Jun 2025 kerana penyelenggaraan sistem bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Berikut adalah tarikh dan waktu gangguan yang telah ditetapkan;
- 7/6/2025 (Sabtu) dari pukul 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi
- 11/6/2025 (Rabu) dari pukul 12.00 tengah malam hingga 5.00 pagi
- 12/6/2025 (Khamis) dari pukul 12.00 tengah malam hingga 5.00 pagi
- 15/6/2025 (Ahad) dari pukul 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi
- 21/6/2025 (Sabtu) dari pukul 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi
CIMB memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat penyenggaraan ini, serta menghargai kesabaran dan pemahaman orang ramai sepanjang tempoh tersebut.



