
CIMB sebentar tadi menafikan sepenuhnya khabar angin mengenai berlakunya kebocoran data pelanggan yang tular di media sosial. Selain tiada data yang bocor, semua sistem disahkan selamat oleh pasukan keselamatan CIMB. CIMB mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap maklumat palsu dan hanya merujuk kepada saluran rasmi CIMB untuk pengesahan

Kenyataan dikeluarkan bagi tujuan meredakan kebimbangan awam selepas khabar angin tular di media sosial semalam. Sementara itu di sebuah laman yang kerap digunakan untuk menjual data yang digodam, beberapa sampel data yang didakwa telah dikongsi.
Antara yang dapat dilihat ialah nama penuh, tarikh lahir dan nombor telefon tetapi tiada data nombor akaun CIMB. Penjual mendakwa 1.2 juta barisan data terkandung dalam fail yang didakwa berjaya digodam.

