“Bocor dah berhenti, punca leaking kita baiki”- Khairul Aming Mohon Maaf Kepada Pelanggan Rembayung Susulan Bumbung Bocor

LocalBusiness & Finance
8 Feb 2026 • 8:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Restoran Rembayung milik usahawan popular, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila premis berkenaan dimasuki air hujan susulan kebocoran bumbung akibat hujan lebat, semalam.

Susulan kejadian itu, Khairul Aming menerusi akaun Threads miliknya tampil memohon maaf kepada pelanggan yang terkesan.

Menurut pengusaha Sambal Nyet itu, pelanggan yang terlibat telah dipindahkan ke meja lain bagi memastikan keselesaan mereka sepanjang kejadian tersebut.

Difahamkan, hujan yang turun dengan sangat lebat ketika itu menyebabkan air masuk ke dalam premis restoran berkenaan.

image is not available

Kebocoran berkenaan kemudiannya berjaya dihentikan dan sesi makan malam pada hari yang sama dapat diteruskan seperti biasa.

Difahamkan, punca kebocoran tersebut turut dibaiki serta-merta pada malam kejadian bagi mengelakkan masalah berulang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Khairul Aming, kelihatan staf Restoran Rembayung bertungkus-lumus membersihkan lantai yang basah akibat kebocoran itu

Sumber: Threads Akmal Shaharom, Threads Khairul Aming

Sumber: Threads Khairul Aming

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.