Cincin berlian RM3.73 juta milik wanita Malaysia hilang di Paris rupanya dalam vacuum cleaner, berikut kronologinya

12 Dec 2023 • 6:03 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

CINCIN berlian bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta) milik seorang usahawan Malaysia yang didakwa dicuri Jumaat lalu di hotel The Ritz Paris akhirnya ditemui.

Indah memukau berkilauan, cincin berlian berpotongan ‘cushion cut’ berkenaan difahamkan lesap selepas diletakkan di atas katil.

Bukan calang-calang harganya, tak hairanlah kehilangan barang kemas mewah itu menjadi perhatian ramai. Berikut kronologi kehilangan dan penemuannya:

1-Semasa kejadian, wanita yang tidak didedahkan namanya menyertai rombongan membeli-belah di sekitar Place Vendome pada Jumaat, 8 Disember2023.

2-Bagaimanapun, selepas kembali ke bilik penginapannya, cincin diletakkan atas katil telah hilang.

3-Beberapa jam kemudian, dia membuat laporan kehilangan barangan kemas itu di sebuah balai polis berhampiran sebelum pegawai polis membuat siasatan lanjut bagi mengumpul bukti di bilik penginapan di hotel sama.

image is not available

4-Pihak hotel awalnya berkata akan menyerahkan kepada biro khas jika kecurian ini dilakukan oleh pencuri profesional.

5-Bagaimanapun, selepas dua hari hilang, pada Ahad, 10 Disember 2023 cincin berkenaan ditemui semula. Tidak disangka-sangka, hiasan mewah itu ditemui di dalam pembersih hampagas!

6-Hotel itu ketika mengumumkan penemuan itu turut mengucapkan terima kasih kepada ejen keselamatannya yang mencari cincin tersebut dengan integriti dan profesionalisme.

7-Difahamkan ahli perniagaan itu meninggalkan Paris dan menuju ke London pada 9 Disember lalu. Diadijangka kembali ke sana untuk mengambil cincinnya,yang kini berada di bawah simpanan polis.

 

8-Pihak hotel menawarkan penginapan tiga malam sebagai pampasan kepada wanita itu.

9-Kecurian barang kemas di Paris bukanlah sesuatu yang luar biasa. Pada September 2018, seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi melaporkan rompakan di The Ritz Paris, di mana dia mendakwa lebih daripada $900,000 (RM4.2 juta) barang kemas telah dirompak.

10-Sebelum itu, pada 2016, perompak menahan selebriti Kim Kardashian dengan mengacukan senjata semasa dia menginap di Hotel No Address yang berdekatan. Antara barang yang diambil ialah cincin pertunangan berlian 20 karat potongan zamrud dan sehingga kini ia tidak pernah ditemukan.

image is not available
Kredit foto: MyGemma.com

Pink Star adalah cincin termahal yang pernah dijual di dunia. Berlian merah jambu Fancy Vivid 59.60 karat itu dipasang ke dalam logam platinum dengan dua berlian putih.

Ia mencatat rekod apabila ia dijual di lelongan pada 2013 dengan harga AS$83 juta.

Kredit foto utama: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang