Dakwa Pekerja Hotel Curi, Cincin Usahawan Malaysia RM3.7 Juta Ditemui Dalam ‘Vacuum’

12 Dec 2023 • 12:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebentuk cincin bernilai €750,000 (RM3.7 juta) milik usahawan Malaysia yang hilang di Hotel Ritz, sebuah hotel terkemuka dunia di Paris akhirnya ditemui dalam ‘vacuum’.

Memetik laporan Le Parisien, ahli perniagaan wanita dari Malaysia telah melaporkan kehilangan cincinnya pada Jumaat yang lalu.

Cincin usahawan Malaysia RM3.7 juta ditemui dalam ‘vacuum’

image is not available

Foto: France 24

Ahli perniagaan menginap di hotel itu mengesyaki cincinnya telah dicuri oleh seorang pekerja hotel tersebut. Namun begitu, pihak Ritz menafikan bahawa cincin berkenaan dicuri dan ia ditemui dalam pembersih vakum pada Ahad lalu.

Beliau yang telah meninggalkan hotel itu untuk ke London pada Jumaat akan kembali ke Paris untuk mendapatkan semula cincinnya.

image is not available

Foto: Daily Mail

Dalam pada itu, pihak Ritz juga mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan di hotel itu kerana telah mencari cincin tersebut dengan teliti.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kakitangan di Ritz Paris yang menggerakkan pencarian ini dan yang bekerja setiap hari dengan integriti dan profesionalisme,” katanya.

Ritz Paris juga menawarkan penginapan tiga malam secara percuma untuk menebus kesalahan mereka, namun difahamkan ahli perniagaan itu tidak berhasrat menerima tawaran tersebut.

Sumber: Le Parisien

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved