Cincin Pintar Akan Dilancarkan Di Samsung Galaxy Unpacked 2024

TechnologyDigital
12 Sep 2023 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S24 akan dilancarkan pada Januari 2024 di acara Galaxy Unpacked. Walau bagaimanapun Ice Universe iaitu peniris terkenal melaporkan yang Galaxy Unpacked 2024 akan memberikan fokus kepada produk kategori baharu dan bukannya Galaxy S24.

Produk ini adalah Samsung Galaxy Ring iaitu cincin pintar. Sudah bertahun lamanya Samsung merancang untuk hadir dengan produk ini. Kali pertama kami melaporkannya adalah pada tahun 2015. Cincin ini dikatakan akan mempunyai pengimbas nadi, ECG, dan ciri kesihatan lain.

image is not available

Ciri dan fungsi lain pada cincin ini masih tidak jelas. Adakah ia terhad untuk memantau kesihatan sahaja atau turut boleh mengawal peranti Samsung seperti ORII? Adakah ia akan mempunyai ciri mirip Oura iaitu cincin pintar popular sekarang? Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved